
Keterangan
Alhamdulillah, Jutaan terima kasih diucapkan kepada Masjid Al-Hidayah selaku tuan rumah kepada sesi latihan MyUmmah yang telah berjalan dengan jayanya pada Selasa, 22hb Ogos 2023. Ucapan terima kasih dan tahniah juga kepada pengurusan dan ajk 10 buah masjid daerah Muallim yang telah dijemput mengikuti kursus/bengkel penggunaan portal MyUmmah pada kali ini. Berikut ialah senarai masjid tersebut: 1. Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Daerah Slim River) 2. Masjid Jamek Kuala Slim 3. Masjid Jamek Slim Village 4. Surau Diri Jumaat Kolej Vokasional Slim River 5. Masjid Raja Muda Musa II 6. Masjid Al-Mursyidin 7. Masjid Al-Ikhwan Taman Bernam Baru 8. Masjid Jamek Tanjong Malim 9. Masjid Al-Hidayah Bandar Behrang 2020 10. Surau Diri Jumaat Politeknik Sultan Azlan Shah Kursus sehari ini memberi pendedahan kepada peserta terlibat terhadap modul-modul yang ada dalam portal MyUmmah. . Alhamdulillah nampaknya peserta berjaya mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan. . Website MyUmmah: https://www.myummah.com.my/ Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore: https://apple.co/3OGfabT