KURSUS PENGGUNAAN BERKESAN PORTAL DAN APLIKASI MYUMMAH DI SELURUH PERAK 2023 - DAERAH TELUK INTAN


Kembali
MyUmmah
Info Program:
  • 23-08-2023
  • 09:00 am - 06:00 pm
  • MASJID AN NAIM, TAMAN SERI SETIA

Keterangan

Alhamdulillah,

Selesai sudah sesi latihan bagi daerah Teluk Intan yang telah diadakan pada 23 Ogos 2023 bertempat di Masjid An Naim, Taman Seri Setia. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pengurusan Masjid An Naim ini yang telah dapat menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta latihan. 

Berikut ialah senarai masjid yang terlibat pada sesi latihan ini iaitu:

1.	Masjid Daerah Sultan Idris Shah II
2.	Masjid An Naim
3.	Masjid Abdul Salam Al Mas’ud
4.	Masjid Al-Maidah
5.	Masjid Al Muhajirin
6.	Masjid Jamek Al Mansor
7.	Masjid As Salam
8.	Masjid Al Huda
9.	Masjid Ubudiah
10.	Masjid Rahmaniah

Kursus sehari ini telah dapat mendedahkan peserta terlibat terhadap modul-modul yang ada dalam portal MyUmmah. Pelaksanaan kursus ini dibuat menggunakan platform web based dan smartphone masing-masing.
.
Alhamdulillah nampaknya peserta dapat mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.
.
Website MyUmmah:
https://www.myummah.com.my/

Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my

Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore:
https://apple.co/3OGfabT

Galeri

MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah