KURSUS PENGGUNAAN BERKESAN PORTAL & APLIKASI MYUMMAH DI SELURUH PERAK 2023 - DAERAH KAMPAR


Kembali
MyUmmah
Info Program:
  • 14-09-2023
  • 09:00 am - 06:00 pm
  • MASJID JAMEK BARU GOPENG

Keterangan

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Allah SWT siri Bengkel Latihan Aplikasi MyUmmah dapat diteruskan lagi , kali ini ia diadakan di daerah Kampar pula. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pengurusan Masjid Jamek Baru Gopeng selaku tuan rumah yang telah menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta bengkel. 

Tahniah juga untuk beberapa buah masjid dalam daerah Kampar yang telah dijemput menyertai bengkel kali ini seperti:

1.	Masjid As-Syuhada, Taman Bandar Baru Kampar
2.	Masjid An Nur, Masjid Daerah Kampar
3.	Masjid Al Jauhariah, Kampung Kuala Dipang
4.	Masjid Ar-Rahman, Kg Gunung Mesah Hilir
5.	Masjid Al-Muttaqin, Malim Nawar
6.	Masjid Jamek Baru Gopeng
7.	Masjid Jamek Lama Gopeng
8.	Masjid Jamek Kampung Sahom
9.	Masjid Jamek Bukit Pekan
10.	Masjid Jamek Kampung Jeram

Bengkel yang bermula jam 8.30 pagi ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 4.45 petang. Sepanjang bengkel ini, terdapat empat (4) slot utama yang  memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan  modul-modul yang terdapat dalam aplikasi  MyUmmah. Pelaksanaan kursus ini dibuat menggunakan platform web based dan telefon pintar.
.
Dapat diperhatikan bahawa peserta dapat mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Kampar, Perak Darul Ridzuan.
.
Website MyUmmah:
https://www.myummah.com.my/

Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my

Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore:
https://apple.co/3OGfabT

Galeri

MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah