KURSUS PENGGUNAAN BERKESAN PORTAL & APLIKASI MYUMMAH DI SELURUH PERAK 2023 - DAERAH LENGGONG


Kembali
MyUmmah
Info Program:
  • 13-09-2023
  • 09:00 am - 06:00 pm
  • PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDI) LENGGONG

Keterangan

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Allah SWT siri Bengkel Latihan Aplikasi MyUmmah dapat diteruskan lagi untuk minggu ketiga. Bengkel kali ini telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Lenggong (PEDI). Ribuan terima kasih diucapkan kepada Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Lenggong yang telah menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta bengkel. 

Tahniah juga untuk beberapa buah masjid dalam daerah Lenggong yang terlibat dalam bengkel kali ini seperti:

1.	Masjid Jamek Lenggong
2.	Masjid Islahiah Kampung Gelok
3.	Masjid Nur Hidayah Kg.Temelong
4.	Masjid Rahmaniah Kg. Chepor
5.	Masjid Nashariah Kg. Changkat Berangan
6.	Masjid Jamek Annur Kg. Kuak
7.	Masjid Al Ehsaniah Kg. Banggol Batu
8.	Masjid Ubudiah Kg. Sumpitan
9.	Masjid Al Hamidiah Kg. Raban
10.	Masjid Al Aliah Kampung Chain

Bengkel kali ini agak istimewa kerana penglibatan beberapa orang warga emas yang menjadi penggerak di masjid masing-masing. Mereka begitu bersemangat dan komited biar pun ini kali pertama diperkenalkan dengan aplikasi MyUmmah. Aplikasi ini menggunakan platform komputer atau laptop dan juga smartphone sebagai medium utama penggunaan.
.
Dapat diperhatikan bahawa peserta dapat mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Lenggong, Perak Darul Ridzuan.
.
Website MyUmmah:
https://www.myummah.com.my/

Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my

Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore:
https://apple.co/3OGfabT

Galeri

MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah