
Keterangan
Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT siri Bengkel Latihan Aplikasi MyUmmah dapat diteruskan lagi, kali ini ia diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Seri Iskandar pula. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Pegawai Tadbir Agama Seri Iskandar yang telah berusaha menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta bengkel. Tahniah juga untuk beberapa buah masjid dalam daerah Seri Iskandar yang telah dijemput menyertai bengkel kali ini seperti: 1. Masjid As Shukuriah, Kg. Teluk Bakong 2. Masjid Bandar Universiti Seri Iskandar 3. Masjid As Siddiq , Persiaran Iskandar Perdana 4. Masjid Sultan Yusoff Izuddin Shah 5. Masjid Jamek Bota Kanan 6. Masjid Taufiqiah, RPA Kampung Gelung Pepuyu 7. Masjid Ghofroniah, Kampung Chopin Kanan 8. Masjid Radhiatul Mardhiah 9. Masjid Al Attar, Layang-layang Kanan Blanja 10. Masjid Al Fata, Kampung Pulau Pisang 11. Masjid An Nur, UTP Tronoh Semangat , kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta bengkel kali ini sangat-sangat positif. Biarpun terdiri daripada pelbagai peringkat umur namun itu tidak menghalang mereka dari mengikuti sesi penerangan dengan tumpuan yang baik sekali. Aplikasi ini menggunakan platform komputer atau laptop dan juga smartphone sebagai medium utama penggunaan. . Semoga bengkel sehari ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan. . Website MyUmmah: https://www.myummah.com.my/ Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore: https://apple.co/3OGfabT