Keterangan
Alhamdulillah,
Syukur ke hadrat Allah SWT siri Bengkel Latihan Aplikasi MyUmmah telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daerah Selama. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah Selama yang telah berusaha menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta bengkel.
Tahniah juga untuk beberapa buah masjid dalam daerah Selama yang telah dijemput menyertai bengkel kali ini seperti:
1. Masjid Al-Azizah, Sungai Bayor
2. Masjid Al-Ehsaniah, Bagan Baru Ijok
3. Masjid Al-Idrisiah, Bukit Bertam
4. Masjid Al-Khairiah, Rantau Panjang
5. Masjid Al-Mustaffa, Banggol Jas
6. Masjid Al-Syukriah, Felda Ijok
7. Masjid Ar-Rahman, Redang Panjang Ijok
8. Masjid Ar-Rahmaniah, Lembah Keluang, Kubu Gajah
9. Masjid Ar-Rashidiah (Masjid Daerah)
10. Masjid Toh Paduka, Kampung Masjid, Ijok
Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 4.00 petang. Sepanjang bengkel ini, terdapat tiga (3) sesi utama yang memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan modul-modul yang terdapat dalam aplikasi MyUmmah. Pelaksanaan kursus ini dibuat menggunakan platform web based dan telefon pintar.
.
Dapat diperhatikan bahawa peserta dapat mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Selama , Perak Darul Ridzuan.
.
Website MyUmmah:
https://www.myummah.com.my/
Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my
Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore:
https://apple.co/3OGfabT