KURSUS PENGGUNAAN BERKESAN PORTAL & APLIKASI MYUMMAH DI SELURUH PERAK 2023 - DAERAH IPOH


Kembali
MyUmmah
Info Program:
  • 30-08-2023
  • 09:00 am - 06:00 pm
  • MASJID SOLATIAH, TAMAN RAPAT SETIA BARU

Keterangan

Alhamdulillah,

Syukur ke hadrat Allah SWT siri Bengkel Latihan Aplikasi MyUmmah dapat diteruskan lagi untuk minggu kedua. Ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pengurusan Masjid Solatiah , Taman Rapat Setia Baru selaku tuan rumah yang telah menyediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk kegunaan peserta bengkel. 

Tahniah juga untuk beberapa buah masjid dalam daerah Ipoh yang terlibat dalam bengkel kali ini seperti:

1.	Masjid Jamek Idris Iskandar Shah I
2.	Masjid Jamek Taman Kledang Jaya
3.	Masjid Muhammad Al-Fateh
4.	Masjid Al Ansar
5.	Masjid Al Abidin
6.	Masjid Jamek Tanjung Rambutan
7.	Masjid Solatiah
8.	Masjid Hajjah Puteh Mahami
9.	Masjid An Nur
10.	Masjid Abdul Rahman Bin Auf

Bengkel ini memberikan pendedahan kepada para peserta berkaitan dengan  modul-modul yang terdapat dalam aplikasi  MyUmmah. Pelaksanaan kursus ini dibuat menggunakan platform web based dan telefon pintar.
.
Dapat diperhatikan bahawa peserta dapat mengikuti dan memahami setiap modul dengan baik sekali. Semoga kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta, seterusnya boleh digunakan oleh masjid-masjid terlibat dalam daerah Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
.
Website MyUmmah:
https://www.myummah.com.my/

Muatturun aplikasi MyUmmah di Google Playstore:
https://play.google.com/store/apps/details?id=myummah.com.my

Muatturun aplikasi MyUmmah di Apple Appstore:
https://apple.co/3OGfabT

Galeri

MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah MyUmmah